Kemanisan Iman Impian Muslimah

Sunday 21 October 2012


Doa Rabithah
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahayamu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan kerana Iman
Dan indahnya tawakal padaMu
Hidupkan dengan marifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Saturday 20 October 2012





Letter untuk Hati Ini

Hati, hati...
Kenapa hati ini selalu tak tetap pendirian?
Kadang-kadang HATI Cinta sangat kat Dia
Kadang-kadang HATI macam TAK KESAH pula kat Dia
Hati tak ingat kan Dia ke?

Wahai HATI
Kenapa HATI ini sukar untuk SETIA
Hati selalu curang
Hati ini selalu fikir selain Dia
Tetapi Dia tak pernah lupakan Hati

HATI ini
Selalu terpesona dengan hal dunia
HATI ini selalu abaikan Dia
Tapi Dia tak pernah abaikan HATI ini
Dia selalu bersama dengan HATI
Susah ataupun senang
Tapi senangkan HATI lupa kat Dia?

HATI ini,
Hati lupa ke pada janji Hati dulu?
Dulu Hati janji nak setia
Tetapi bila Dia tuntut balik janji tue
Hati selalu buat-buat lupa
Sombongkan hati nie?

HATI ini
Selalu tak kenang jasa kan?
Bila Hati gembira, Hati lupakan Dia
Bila Hati sedih, Hati cari pulak Dia
Kejam kan Hati?

Hati selalu lupa janji temu Hati dengan Dia
Dia cuma nak jumpa 5 kali je setiap hari
Tapi Hati selalu cari alasan tak nak jumpa Dia

Hati ini
Sanggupkan Hati salahkan Dia?
Kalau Hati tak dapat apa yang Hati nak
Sedangkan Dia cuma nak dengar bicara Hati je
Tapi beza pulak
Kalau Dia beri apa yang Hati mahukan
Hati terus lupakan Dia
Kejam kan Hati ini?

Hati ini
Selalu lupa nak baca ayat Dia
Tapi Hati selalu ada masa nak baca yang lain
Kenapa ya Hati??
Tak indah ke ayat-ayat Dia tu

Hati
Cukuplah Hati lupakan Dia
Cinta Hati hanya layak untuk Dia
Setia Hati hanya patut dimiliki oleh Dia
Fikiran Hati hanya patut tertumpu kepada Dia
Dia lebih berhak..
Kembalilah Hati kepada Dia.
Dia lebih sayang pada Hati lebih daripada Hati-Hati yang lain....
Bandingkan

Mari kita muhasabah diri agar tidak terus terpesona dengan keindahan dunia. Aku tertarik dengan satu pepatah yang aku dengar nie. Bumi Allah ciptakan untuk manusia, manusia Allah ciptakan untuk akhirat. Jelaslah kepada kita bahawa dunia ini hanyalah pinjaman kepada kita, ianya hak mutlak Allah S.W.T. dan akhirat itulah yang kekal untuk kita. Cuba bandingkan kita berada dalam kategori mana??

Dunia Lebih Penting
Akhirat Lebih Penting
-‘Kerja banyak lagi tak siap nie. Kejap lagi la    sembahyang. Lama lagi waktu solat nie”
-‘Waktu sembahyang da masuk. Solat dulu la. Kerja ni boleh buat lepas solat’
Seronoknya dapat kawan dengan ramai orang, lelaki dan perempuan semua aku kawan. Barula enjoy”
Alhamdulillah, aku berkawan kerana Allah. Semoga ukhwah antara kami berkekalan sehingga ke syurga. In shaa Allah”
“ Aku kena belajar bersungguh-sungguh sebab aku nak jawat jawatan besar, nak dapat gaji tinggi, nak jadi kaya”
Aku nak belajar kerana Allah. Tuntut ilmu nie pun ibadah”
“Saya sayang boyfren/girlfren saya lebih daripada segala-segalanya”
Aku menyayangi jodohku kerana Allah. Semoga jodoh kami berkekalan. InsyaAllah”
“Sape pelakon drama nie. Handsomenya”
“Aku kena tahu sejarah mengenai Rasulullah, sahabat-sahabat baginda dan tokoh-tokoh Islam”
“Tengok rancangan gossip la”
“Lebih baik aku tengok rancangan berunsurkan agama. Boleh tambah ilmu agama”
“Majalah hiburan  apa nak beli nie ?”
“Buku agama apa yang tak beli lagi nie?”
“Seronoknya baca buku komik nie”
“Tenangnya baca Al-Quran nie”
“Solat la. Nanti mak aku marah pulak”
“Solatku hanya untuk memohon keredhaan dan keampunan Allah”

Semoga Allah memberi kita semua hidayah dan petunjukNya untuk terus berubah. Perubahan perlukan mujahadah. In Shaa Allah.
purple-flow-background.jpg
p/s: Semua yang buruk datang daripada saya, semua yang baik datang daripada Allah.

Saturday 13 October 2012

RENUNGAN di PAGI HARI

Topik perbincangan di radio ini agak menarik minat aku. Erm.. memang tertarik la bukan agak lagi ini. Topik tue ada 2 fasa. Tapi aku nak kongsi fasa pertama jer. Topiknya adalah Cara Syaitan Memasuki Manusia.

Apa yang aku tertarik adalah Ustaz itu cakap syaitan itu makhluk yan kreatif. Ustaz ini siap suruh manusia kalau nak kreatif belajarlah dengan syaitan. Jangan salah faham taw, sebab Ustaz nie berlawak jer mungkin ada maksud mendalam tue. Syaitan ini sangat mudah meresapi hati manusia sebab hati manusia inilah boleh tentukan orang tue baik atau tidak, boleh lakukan kebaikan atau lakukan keburukan. 

Berbalik kepada topik asal. Ustaz ini berkongsi tentang pintu-pintu yang syaitan boleh mempengaruhi manusia menurut Imam Ghazali. Tapi ada some point aku tak sempat salin. Maklum la tulis lambat.

Antara pintu-pintu itu:

1) Syaitan senang meresapi hati manusia apabila manusia tersebut dalam keadaan marah.  
Kalau kita perhatikan apabila seseorang tue dalam keadaan marah, dia senang nak buat kejahatan. Bak kata orang apabila marah tue tak sedar apa yang kita buat. Okeylah, jujur memang betullah tue. Aku nie boleh dikategorikan sebagai pemarah, jadi boleh faham la. Itu yang kadang-kadang dalam surat khabar kita baca berita-berita ibu atau bapa dera anak sebab marah. Jadi sama-samalah kita muhasabah diri agar tak jadik orang yang pemarah.

2) Kenyang
Hah, terkejut kan?? Dalam keadaan kenyang pun boleh syaitan ni hasut manusia. Cara apa yang syaitan ni guna. Salah satu cara itu adalah bila kenyang je malas nak solat. Lepas makan je, eh kejap la tido la dulu. Lepas tido, barula solat. Selain daripada itu, sebelum belajar, pergi makan kenyang-kenyang. Alasan nanti lecture habis lambat, takut lapar lak. Alih-alih dalam kelas mengantuk. Adoi, aku pun macam nie gak la...
Tak pe, kita try ubah okey. 

3) Berhias
Kalau cakap tentang hal berhias nie, mesti ingat perempuan kan?? Lelaki pun berhias gak tapi selalunya perempuan la yang kuat berhias nie. Macam mana cara syaitan hasut manusia?? hah, dengan cara bila tengok cermin je, kebetulan cantik pula mekap hari tue. Mesti ada yang terlintas "Ishk, cantik gak aku nie" Hah, jangan mengelak. Aku pun pernah gak wat macam ni. Tak pe, kita try ubah benda ini. Salah satu caranya ialah perbetulkan niat ketika berhias tue. Contohnya, niat "Aku berhias ini kerana Allah bukan kerana manusia. Semoga apa yang aku hiaskan ini tidak menarik pandangan orang bukan mahramku dan tidak mendatangkan fitnah."  Bagi yang ada title Isteri tue, niatlah berhias hanya untuk suami.

4) Gopoh
Hah, aku rasa ini ramai yang buat nie. Termasuklah aku. Gopoh kat sini maksudnya sifat manusia yang terburu-buru. Contohnya la kalau kita tengok facebook, dapat tahu tentang gosip terbaru tentang kawan kita. Hah, mesti ada yang berfikir aku kena sebarkan berita ni kat kawan-kawan aku yang lain :) Masa ni lah syaitan hasut manusia. Bila kita habak kat orang lain, itukan mengumpat kerjanya. Lagi dasyat boleh jadi fitnah. Nauzubillah.

5) Kecintaan terlampau terhadap dunia atau harta
Lumrah manusia suka sangat terhadap harta. Okey angkat tangan. Aku pun suka gak kat harta nie. Tapi apabila suka tue jadik terlampau suka, habislah kita. Sebab apa? Syaitan suka manusia yang cinta kat dunia  dan harta nie. Cara syaitan menghasut, apabila manusia terlampau cinta harta nie, diaorang tak pernah rasa cukup. Kadang-kadang boleh sampai ke tahap tidak bersyukur. Kalau menderma pun, kadang-kadang ada rasa riak. Jadi, jom kita muhasabah diri..

6) Kedekut
Hah, nie pun problem gak nie. Ada banyak harta tapi kedekut tahap bakhil. Apa orang kata, kedekut taik hidung masin. Sampaikan untuk keluarga sendiri pun kedekut, haish susah tue. Cara syaitan menghasut manusia, " Kalau aku kasik kat orang lain, nanti aku jadik miskin lak. Ishk, tak nak la aku kasik kat orang. Simpan untuk diri sendiri lagi baik". Jomlah, kita perbetulkan balik niat kita nie. Nasihat untuk aku jugak.

7) Fanatik
Hah, ini pun menarik jugak. Sekarang kita boleh tengok hal-hal fanatik nie. Contohnya fanatik terhadap ahli politik atau parti politik. Bercanggah pendapat sikit, bergaduh heboh satu negara. Sampaikan sembahyang satu masjid yang sama tetapi bergaduh. Mari kita muhasabah diri. Tak salah untuk berpolitik nie. Sebab politik ini penting gak. Politik ini lah jugak yang dapat menentukan pemimpin kita di samping menjaga kesucian agama Islam tue sendiri. Tetapi kalau sampai bergaduh antara parti-parti politik, sehingga menggambarkan keruntuhan ukhwah sesama saudara-saudari Islam. Something wrong ngan politik tue. Syaitan suka apabila manusia ini berpecah-belah. Jadik, mari kita muhasabah diri. Jangan kita jadi seseorang yang terlampau fanatik sehinggakan kita tutup mata akan hal-hal yang penting terutamanya berkaitan agama.

8) Yang ini khusus untuk orang yang berilmu
Macam mana syaitan hasut manusia? Orang berilmu tue.. Dengan cara apabila orang yang berilmu tue mengajar orang awam terlampau detail contohnya sampai kepada hal-hal berkenaan zat Allah. Hah, jangan salah sangka. Orang Islam memang kena belajar semua ini. Tetapi kena tengok kepada level atau peringkat manusia itu. Takut orang awam tue tak boleh terima ilmu tersebut. Syaitan tue boleh hasut orang awam dan ustaz tue sekali. Syaitan tue kan kreatif, guna pelbagai cara untuk hasut manusia. Orang awam tersebut mungkin terdorong melakukan sesuatu yang berlainan dengan syariat Islam sebab tahap kefahaman yang rendah. Manakala bagi orang yang berilmu nie, mungkin terlintas reas riak "pandainya aku"

Konklusinya, marilah kita bermujahaddah dalam melawan syaitan nie. Bukan bawak senjata pergi tembak syaitan tue. Tak logik la pulak. Bermujahaddah nie bermaksud lawan balik syaitan tue dan jangan layan sangat perkara-perkara buruk yang terlintas kat dalam hati tue. Selain daripada itu, kita jugak boleh bernujahaddah dengan menjaga solat. Sebab target utama syaitan nie adalah merosakkan insitusi solat kita. Solat kan tiang agama. Bila solat kita tak jaga , beri kesan jugakepada amalan lain. InsyaAllah :) Segala yang buruk datang daripada saya, semua yang baik datang daripada Allah.

Source: Ceramah di Ikim fm Cara Syaitan memasuki pintu hati manusia. Ada sedikit perubahan tetapi InsyaAllah content masih sama.   







Bila Allah memberi Hidayah

Antara buku yang sudah saya selesai baca adalah buku Allah is Calling. Buku ini menarik kerana ia memaparkan himpunan kisah insan dari Barat yang mendapat hidayah Allah dan menyebarkannya.
Pada entri hari ini saya nak kongsi antara ucapan-ucapan berharga dan juga ungkapan-ungkapan yang dikaitkan dengan insan-insan yang dipilih Allah ini.

1) Hamzah Yusuf (Pendakwah dariAmerika)
 "Apabila Islam diterima oleh seluruh manusia, maka segala rasa takut, gundah gulana, serta rasa tidak selamat akan hilang dengan sendirinya"

2. Dr. Murad Wilfred Hofman (Diplomat Jerman)
"Islam diperjuangkan di persada alam ini dengan pendekatan yang paling sesuai dengan kehendak, naluri  dan impian setiap manusia"

3. Maryam Jameelah 
"Perubahan pola pemikiran yang mempengaruhi perilaku, tutur kata seseorang dalam kehidupan sehari-hari mesti terjadi apabila seseorang memasuki ruang keislaman"

4. Muhammad Asad
" Islam bukan agama falsafah, ia adalah manhaj hidup sempurna" 

5. Yvonne Ridley
"Yvonne dituduh oleh banyak pihak terutama laporan akhbar yang mengatakan beliau terkena sakit mental hingga menyebabkan beliau bertukar agama"

6. Dr. Bilal Philips
"Ada dalam kalangan manusia cenderung kepada kebaikan dan terus kekal di dalamnya hingga ke akhir hayatnya"

7. Dr Maurice Bucaille
"Apabila sesuatu perkara itu sudah menjadi kehendak Allah melalui qada' dan qadarNya, tidak ada ada seorang manusia pun dalam dunia ini mampu menghalangnya"

8. Syeikh Yusuf Estes
" Anak-anak yang lahir dari rahim ibu yang bukan Islam, jika mereka mendapat hidayah, mereka akan menjadi lebih baik daripada orang-orang yang asalnya beragama Islam"

9. Malcolm X (El-Hajj Malik el-Shabazz) Pejuang dan pendakwah Islam Kulit Hitam Amerika
" Kebenaran Islam telah menunjukkan kepada saya bahawa kebencian secara membabi buta kepada orang kulit putih adalah sikap yang salah"

10. Tatiana Fatima
"Mungkin sesuatu perkara itu dilihat mustahil bagi pandangan manusia, namun tiada yang mustahil bagi Allah yang telah mencipta Adam daripada tiada kepada ada"

11. Amelia Rehman ( Wanita Yahudi Amerika)
" Allah mendekati manusia dengan cara yang mereka perlukan. Allah mendekati saya dengan cara yang saya perlukan"

12. Aminah as-Silmi
" Islam adalah hidup saya. Islam adalah darah yang mengalir melalui pembuluh darah saya. Islam adalah kekuatan saya. Islam adalah segala-galanya. Tanpa Islam saya tidak dapat berbuat apa-apa"

13. Susan Carland
" Ada segelintir orang bukan Islam beranggapan pemakaian tudung adalah sebagai suatu simbol penindasan kepada kaum wanita serta lambang ketaksuban"

14. Luna Cohen
" Dalam Judaisme, mereka selalu diajar untuk membenci agama lain terutamanya Islam, dan mereka juga diajar untuk menyatakan bahawa Yahudi adalah agama yang paling benar"

15. Tali Fahima
" Beliau benar-benar yakin kemasukannya ke dalam Islam bukan disertai kepentingan duniawi, malah atas dasar kesedaran bahawa Islam satu-satunya agama yang menyelamatkan manusia dunia dan akhirat"

16. Laurent Booth ( Adik Ipar Tony Blair)
" Islam bukan agama trend di Barat seperti yang semua orang saksikan sekarang ini. Islam tidak sama dengan agama Buddha atau Kabbalah"


Benarlah firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran:
" Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya)      (Surah Al-Qasas:56)

Source: Allah is Calling, Zainudin Hashim diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd





Thursday 11 October 2012

                                                           Keindahan seorang wanita

Muslimah sejati bukanlah dilihat daripada wajahnya yang cantik dan menawan, tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang di sekitarnya. Muslimah sejati melarang dirinya untuk membuka aurat dan mempamerkan perhiasan dan keindahan diri kepada sesiapapun kecuali mahram dan suaminya.                                                                                       Muslimah sejati tidak melontarkan suaranya yang lembut demi perkara-perkara yang sia-sia tetapi hanya untuk perkara yang benar.

Islam amat mementingkan martabat wanita. Malah di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat mengenai wanita. Antaranya:
         

" Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu dan isteri-isteri orang mukmin,'Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka,' yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah S.W.T. adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."                (Surah Al-Ahzab 33:59)


Daripada ayat Al-Quran di atas, jelas menunjukkan cara berpakaian bagi seorang wanita. Oleh sebab itu, entri ini lebih kepada beberapa tips berhias yang diri ini ambil daripada buku Engkau Memang Cantik nukilan Burhan Sodiq.

Tips 1: Memilih cara berhias yang tidak dilarang oleh Islam
Islam adalah Ad-Din yang begitu lengkap sehinggakan cara berhias juga diberikan kepada umat-umatnya.
Cara berhias bagi seorang Muslimah adalah dengan mengetahui tentang batasan dan tujuan berhias itu sendiri. Batasan ini hendaklah dilihat sebagai bentuk kemaslahatan bukan sebagai penjara yang penuh keterbatasan. 
  

      "Akan muncul di akhir umatku, wanita-wanita yang berpakaian namun pada hakikatnya        bertelanjang. Di atas kepala mereka terdapat sesuatu (mirip) punuk unta. Mereka tidak akan        masuk syurga, dan tidak juga akan mencium aroma syurga. Padahal syurga itu dapat        dicium dari jarak sekian dan sekian"                       (H.R. Muslim)


Tips 2: Tidak menyerupai orang kafir
Muslimah sejjati hendaklah menghindari diri daripada berhias dan berdandan menyerupai wanita-wanta kafir. Islam amat melarang Muslimah daripada meniru baju-baju yang khusus dan menjadi ciri khas bagi komuniti mereka.

Tips 3: Tidak menyerupai lelaki
Lelaki dan wanita diciptakan berbeza. Oleh sebab itu, Muslimah sejati hendaklah mengekalkan ciri-ciri kewanitaan sama ada dari sudut berpakaian, karakter, sifat fizikal seperti berjalan atau bergaya. 

Tips 4: Tidak berbentuk kekal sehingga tidak boleh hilang seumur hidup
Hal ini kerana kosmetik yang kekal dapat menyebabkan terhalangnya air wuduk atau mandi junub. 

Tips 5: Tidak melakukan pengubahan terhadap ciptaan Allah S.W.T.
Allah bersifat Maha Sempurna dan segala ciptaanNya adalah sempurna. Begitu juga dengan manusia. Tiada siapa yang berhak untuk mempersoalkan penciptaan Allah. Perbuatan merubah kurniaan Allah S.W.T. tanpa keebnaran syarak adalah perbuatan yang bukan sahaja menunjukkan kelemahan diri malah sifat tidak menginsafi fitrah manusia yang hanya bersifat pemimjam di dunia ini.

Tips 6: Tidak membahayakan tubuh
Muslimah sejati hendaklah berhias secara normal dan menggunakan bahan-bahan yang tidak membahayakan serta suci daripada najis. Tiada guna menghabiskan wang ribuan ringgit semata-mata untuk cantik tetapi keputusannya adalah membahayakan kesihatan.

Tips 7: Tidak menghalang masuknya air ke dalam kulit atau rambut terutama yang sedang haid
Muslimah sejati hendaklah sedar akan hakikat ini kerana wuduk serta mandi wajib tidak sah sekiranya air tersekat daripada sampai ke kulit ataupun rambut.

Tips 8: Tidak boros
Muslimah sejati hendaklah membuat budget atau anggaran untuk membersihkan diri dan berhias sewajarnya. Tidak perlu berlebihan sehingga menjejaskan pendapatan bulanan. Malah Muslimah sejati hendaklah sentiasa ingat bahawa sifat boros adalah sifat syaitan.

Tips 9: Tidak membuang masa untuk berhias
Muslimah sejati hendaklah menggunakan waktu yang secukupnya untuk berhias dan jangan sampai membuang masa semata-mata untuk berhias diri.

Tips 10: Tidak sombong, membangga diri dan angkuh
Kecenderungan sifat manusia untuk merasa megah ketika tampil cantik dan ada pula yang memuji. Ingatlah Muslimah sejati, berhiasnya seorang isteri hanyalah untuk suaminya.

Semoga tips-tips ini boleh membantu kita untuk menjadi Muslimah yang sejati. InsyaAllah.

" Wahai Asma', sesungguhnya wanita apabila telah sampai taanda kedewasaan (haid) tidak boleh terlihat bahagian tubuhnya kecuali ini dan ini, Baginda mengisyaratkan muka dan telapak tangannya"                       (HR Abu Daud, Syaikh Al-Abani menghasankannya)


Rasulullah

Rasulullah S.A.W. adalah manusia agung yang diutuskan oleh Allah S.W.T. sebagai role model kepada umat manusia di samping menyampaikan syariat Islam.
Rasulullah bukanlah seperti ahli-ahli falsafah barat yang mencipta pelbagai ideologi yang kini diguna pakai oleh umat manusia.
Tetapi Rasulullah adalah utusan Allah yang akan memimpin umat Islam di Hari Pembalasan kelak

Rasulullah S.A.W. mempunyai banyak kelebihan:
 1) Mempunyai banyak mukjizat yang nyata seperti alam semesta ini menjadi saksi atas agama, jalan dan ajaran Baginda.
 2) Allah S.W.T. telah menyempurnakan cahaya Baginda, mengurniakan kesihatan dan afiat kepada Baginda dan memberi kemenangan bagi Baginda atas musuh-musuhnya. 

Antara sifat-sifat terpuji Rasulullah:
 1) Baginda tidak pernah meninggikan suara dan tidak pernah berteriak
 2) Apabila ada orang memanggil, Baginda tidak pernah melihat orang yang memanggilnya itu hanya dengan kepalanya tetapi membalikkan seluruh tubuhnya
 3) Baginda tidak pernah menunjuk dengan telunjuknya, tetapi dengan seluruh jari tangannya
 4) Ketika Baginda tidur hanya matanya yang terpejam sedang hatinya tidak.
5) Nabi Isa pernah memperkatakan tentang sifat Farqalith iaitu sifat Baginda yang mencela dunia dengan segala kesalahannya, mengajarkan segala kebenaran kepada manusia dan tidak berbicara menurut kemahuannya sendiri melainkan berdasarkan wahyu Allah
                        " Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidaklah sesat dan 
                          tidak pula keliru, dan tiadalah dia mengucapkan sesuatu menurut hawa 
                          nafsunya. Kata-katanya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
                                                 (Surah an-Najm 53: 1-4)
6) Setiap kali orang mencuba membuat Baginda marah, maka setiap kali itu pula bertambah kasih sayang dan kelembutan Baginda.
                
Antara sifat fizikal Rasulullah:
1) Badan Baginda sederhana
2) Kulit Baginda putih kemerah-merahan
3) tidak tahu menulis dan membaca
4) keluar antara pohon-pohon kurma
5) menerima hadiah tetapi tidak menerima sedekah
6) kekuatan fizikal setanding dengan kekuatan 30orang
7) Hati tidak tidur ketika mata Baginda tidur


About Me

My photo
Perjalanan hidup manusia sudah ditentukan Allah, moga perjalana hidupku adalah jalan yang benar

Blog Archive